Friday, August 14, 2015

Stering bergegar

Jika stering bergegar bermakna samada : 1.tayar-tayar tak sama tekanan. 2.Perlu buat Cambering pada roda. 3.Perlu buat alignment pada roda. 4.Periksa stering rod.


Thursday, August 6, 2015

Bunyi mengaum

Jika semasa memandu ada bunyi mengaum, ada kemungkinan ball bearing roda rosak. Ball bearing sebelah mana ? Untuk pastikan, angkat roda (guna jack) dan pusingkan roda. Dengar bunyi.

Beli ball bearing.

Kerosakan ball bearing boleh menyebabkan kerosakan pada mangkuk ball bearing.

Tuesday, June 2, 2015

Sunday, September 19, 2010

Kipas penghawa dingin

Kegagalan kipas penghawa dingin boleh menjadi punca kepada kerosakan pada alat-alat lain pada sistem penghawa dingin. Kerosakan kipas menyebabkan tekanan pada saluran dan peralatan, kemudian boleh menjadi punca kebocoran saluran, kerosakan compressor dan sebagainya.

Saturday, September 18, 2010

Enjin tak boleh start

1. Mungkin bateri (RM 150) lemah. Lihat penanda bateri di dashboard.

2. Periksa sambungan kabel pada bateri. Mungkin tanggal atau longgar atau ada kotoran.

3. Mungkin altenator rosak. Altenator rosak tidak dapat menjana kuasa semasa kereta bergerak. Akibatnya bateri tiada kuasa. Tanda altenator rosak ialah apabila kereta tiba-tiba mati ditengah perjalanan.

4. Mungkin starter (RM230) rosak.

Monday, August 30, 2010

Cuci kebuk minyak hitam

Setelah beberapa tahun, mungkin ada minyak atau additive yang menjadi keras di dinding kebuk injin. Semasa menukar minyak injin, ambillah kesempatan untuk flush kotoran yang tertinggal ini sipaya kebuk injin menjadi bersih semula.

Jaga getah penutup kepala Drive Shaft

Dari masa ke semasa, periksa getah penutup kepala drive shaft sebelah depan kiri dan kanan. Jika sudah pecah, tukar. Jika dibiarkan, akan menyebabkan kepala shaft dimasuki pasir dan kotoran, akibatnya kepala shaft akan rosak, dimana menggantinya memakan belanja yang mahal (lebihkurang RM200 satu kepala). Kalau cuma mengganti getah penutupkepala haft tentulah murah.

Tuesday, May 25, 2010

Kereta ditinggal lama

Jika mahu meninggalkan kereta dalam tempoh lama :

1. Cabut kabel bateri untuk mengelak bateri dari kehilangan kuasa.

2. Buka sedikit cermin tingkap untuk memberi ruang udara keluar masuk.

3. Isi minyak penuh untuk mengelakkan karat pada dinding tangki minyak.

Air mineral

Menggunakan air mineral pada tangki simpanan air radiator boleh mengelakkan karat pada radiator pada jangkamasa panjang.

Minyak injin kerap berkurangan

Jika Minyak injin kerap berkurangan : cuba Tukar Valve Injin dulu sebelum melakukan top-overhaul atau complete overhaul.

Petunjuk suhu naik

Jika Petunjuk suhu naik :

1. Periksa penutup radiator.

2. Periksa getah-getah penyalur air, mungkin ada kebocoran.

3. Periksa paras air pada kotak air.

4. Periksa radiator, mungkin ada kebocoran.

Kipas penghawa dingin

Kegagalan kipas penghawa dingin boleh menjadi punca kepada kerosakan pada alat-alat lain pada sistem penghawa dingin. Kerosakan kipas menyebabkan tekanan pada saluran dan peralatan, kemudian boleh menjadi punca kebocoran saluran, kerosakan compressor dan sebagainya.

Minyak brek

Periksa minyak brek. Tambah bila perlu.

Jika minyak brek cepat habis, periksa saluran sistem minyak brek, mungkin ada kebocoran, boleh diagak berdasarkan rasa basah pada tempat-tempat tertentu.

Minyak gear

Tukar minyak gear. Minyak gear kita tak nampak, jadi kita selalu lupa.

Minyak enjin

Periksa minyak injin. Tukar bila perlu. Guna minyak murah + additive = minyak mahal.

Penggunaan additive memang boleh menjimatkan penggunaan minyak petrol. Kalau minyak enjin anda sudah lusuh, sebelum menukarnya, beri peluang anda gunakan additive untuk terus menggunakan minyak enjin berkenaan sebelum akhirnya menukar miyak enjin.

Kabureta

Periksa kabureta. Kabureta sumbat boleh menyebabkan kereta kurang kuasa pecutan atau tersenggut-senggut. Kabureta boleh sumbat kerana maklum saja minyak mengandungi sedikit unsur air yang boleh menyebabkan kabureta karat dan karat yg luntur itu boleh menyebabkan saluran kabureta tersumbat.

Tarikh tayar dikilangkan

Ingin tahu bila tayar anda dibuat ? Lihat pada tepi tayar. Disitu ada tertulis contohnya 0902 bermakna tayar dibuat pada September 2002. Anda mungkin beli tayar baru tapi sebenarnya dah lama dikilangkan.

Air berkocak dalam penghawa dingin

Jika ada air berkocak dalam penghawa dingin, ini berlaku kerana anda suka buka inlet yang membenarkan angin dari luar masuk kedalam. Angin luar membawa habuk yg boleh menyumbat salur air-conditioner.

Bunyi piiiiiiiiiing

Jika ada bunyi 'piiiiiiingggggggg' pada enjin pada kelajuan tinggi, mungkin minyak hitam tak cukup kuantiti.

Asap

Lihat asap yang keluar dari ekzos. Kalau putih ok, kalau hitam tak ok.

Bateri

1. Bateri boleh rosak jika altenator tidak berfungsi dengan baik.

2. Talisawat yang memusingkan alternator terlalu kendur atau tegang menyebabkan penjana tidak berpusing pada kelajuan sebenar dan arus letrik yang terjana tidak menepati tahap yang diperlukan untuk mengecas bateri. Akibatnya lampu tidak terang. Talisawat tegang menyebabkan arus letrik berlebihan kerana penjana berpusing laju. Ini boleh menyebabkan lampu cepat terbakar.